Mungkin

4/29/12

hati

mungkin aku keterlaluan
adakah aku melakukan kesilapan yang sama
sekali lagi?
aku keterlaluan
keterlaluan dalam mencintai dia
hati yang tak pernah tenteram
rasa takut
takut kehilangannya
hati yang gundah kerna terlampau memikirkan
mempertahankan
menyangkal .
tapi dia tetap dia
atau aku saja yang berfikir begitu
memikirkan bagaimana untuk aku
mengharungi seorang diri lagi
tanpa dia

bintang...
jangan biar malam aku gelap
aku sepi
aku sedih
bila ku pejam mata
dan ku buka kembali
kau tiada di sisi

aku bukan memaksa
aku bukan terpaksa
aku cuma takut
kemana aku harus pergi
selepas kau pergi
siapa lagi yang akan kutatap?
siapa lagi yang akan kubelai?

jangan tinggalkan aku buat masa ini

No comments:

Post a Comment