Mungkin

2/14/13

Valentine At Time Squares

Lumrah hidup.
Yang hidup pasti mati.
Yang hidup pasti bercinta.

Tapi bagaimana yang mati ?

Cinta itu anehkan?
Mungkin tak bisa goncang dunia
Tapi bisa buat orang mati.

Yup.
Tidak didengarkah. Khabaran yang hebat sekarang ini dikatakan
Remaja perempuan.
Bunuh diri
Dari aras enam.
Sewaktu Valentine.
Bertikam lidah sama pacar.

Aneh bukan?
Di shopping mall.
Melulu. Tiba-tiba orang berteriakan
Apa reaksi si pasangan bercinta melihat adegan itu?

Aneh bukan.
Ramai yang minta mohon jangan sebarkan gambar gadis itu.
Apa anda rasa sekiranya itu gambar sahabat handai anda atau kenalan?
Bagi aku. Bangga.
Bangga dengan kebodohan nya. Biar semua orang tatap.
Supaya jangan jadi bodoh kelak.

Tergadai maruah boleh ditutup.
Tergadai nyawa, ibu bapa yang ratap.



2/12/13

Kenapa Ya ?

Tak usah jadi manusia kalau takut bercinta.
Tapi kalau senang tukar ganti cinta pun tak usah jadi manusia.

Perempuan atau Lelaki yang kejam ?
Sama adil.
Sama-sama pernah melukai masing-masing
Cuma yang pasti kesalahan itu datang dari siapa.

Kenapa Ya?
Sekarang ini senang cakap sayang
Senang cakap cinta
Terdesak, Tekanan atau Kemahuan?

Kenapa Ya?
Perempuan tak pernah rasa cukup
Malahan banyak yang diberi
Tak juga dikongsi
Namun masih lagi rasa sepi

Kenapa Ya?
Ikut kata hati , dusta
Ikut kata fikir , hampa

Jangan persembahkan cinta kepada nafsu semata.

MELAKA

8.2..2013
Percutian kali ni mungkin berbeza sebab aku,syda,amar,dan remy. Kami mulakan percutian berselang buat esaimen. Sangat happy sampai aku sendiri demam selsema. Untuk hari pertama kami tak buat apa2 cuma berfoya2 makan kat Jonker Walk. Balik malam sebelom pukul 12 bercerita celoteh sampai tertido

9.2.2013
Hari kedua kami mulakan pagi makan kat kedai ibu a.k.a bawah tmpt tido kami ja. Cadangnya mahu awal tapi semua terbongkang jugak. Perasaan kali ini kat Melaka,lain. Tenang. Kami mulakan di Jonker Walk lagi dan berkeliaran AFamosa,DataranPahlawan malah mengacau setiap makhluk di atas muka bumi nih. Hari yang bahang sehingga ke tgh hari kami balik ke guesthouse untuk berehat lelah. Pada malamnya, kami berpesta lagi di Jonker Walk makan tako. Malam tu kami celoteh lagi kacau remy tido sampai semua diam bisu hanyut mimpi.

10.2.2013
Redup.Hujan renyai. Kami teruskan juga shoot. Makan lagi.Dan berjalan ke Jonker Walk. Gong Xi Fa Cai. Cari interest apa yang ada. berjalan lagi. Sampai biru kaki. Tawa selang panas. Raya cina macam kat Korea. Gelak kami bila tengok ramai yang bajet mat salleh. Mat salleh bajet cina. Malam itu ke Jonker lagi namun benda yang manis pasti diakhiri tangis.
Wallet aku samada hilang atau dicopet. Bukan wang yang ditangis,bukan juga i.d,bukan juga lesen yang aku baru renew. Tapi kenangan yang segalanya ada dalam wallet. Gambar,kad,tiket wyg,dan segala memori. Aku rindukan wallet berbau kulit itu. Ya. Rindu sangat. Harap ketemu satu hari nanti.

11.2.2013
Saat yang tak dinanti. Rindukan Melaka pula nanti. tapi harus diikuti jadualnya. Moga kita ketemu lagi Melaka :)

Kali Ini

Untuk kesekian kali
Aku..
Lelah dan tewas

Untuk kesekian kali
Aku..
Patuh pada amarah

Untuk kesekian kali
Aku..
Jatuh tapi bertahan

Untuk kesekian kali
Aku..
Biar kan ia pergi lagi untuk mengejar si hakiki.

Mencari

Kenapa setiap kali kita sedih
kita menangis.

Kenapa setiap kali kita sedih
kita mahu seseorang.

Kenapa setiap kali kita sedih
kita mahu lupa.

KENAPA ?

Pernah terpikir. Macamana nak selesaikan masalah?
Macamana nak elakkan masalah?
Macamana nak lupakan masalah?

Soalan dan jawapan , terserah pada diri sendiri.

6/17/12

Lasting

aku dah menyerah berserah terserah . Aku yakin titik noktah. Mungkin dy last love aku. Dan aku akan pastikan ia btl. Aku tak kesah. Dan aku sangat tabah. Aku bahagia dgn dunia yg aku cipta sendiri. Dunia yg aku kaler sendiri dan kat situ ada imaginary bf aku yg aku sgj cipta untuk dy perfect dari semua laki lain. Ya aku amik keputusan nih untuk tak kawin. Untuk aku berdiri sorang . Memaen dgn cinta pasni ? Mungkin lah kot. Couple tu ada ja lagi peluang nak couple tapi cukup sekadar mainkan perasaan. Bukan sampai jinjang pelamin . Ya. Aku. Aku anak bapak yang buat keputusan nih. Sebab dah lama dah pikir benda nih. Mungkin aku just nak fokuskan bidang aku skang nih. PHOTOGRAPHY. Org tak sokong kami. Org pertikai cara hidup kami. Tapi aku akn buktikan yg aku anak Bapak . Boleh buat kalau laki boleh buat. Mungkin aku akan amek masa untuk release apa yg tak patot. HOLIDAY. Jgn tanya aku kenapa aku gi sorang or apa . Aku mmg nak sorang2. Masa aku untuk aku sorang . Untuk aku pikir betol atau tak. Keputusan yg aku dah buat. Aku yakin semua org boleh percayakan aku. 

Selamat Berholiday Ayin Azemi >.<