Mungkin

2/12/13

MELAKA

8.2..2013
Percutian kali ni mungkin berbeza sebab aku,syda,amar,dan remy. Kami mulakan percutian berselang buat esaimen. Sangat happy sampai aku sendiri demam selsema. Untuk hari pertama kami tak buat apa2 cuma berfoya2 makan kat Jonker Walk. Balik malam sebelom pukul 12 bercerita celoteh sampai tertido

9.2.2013
Hari kedua kami mulakan pagi makan kat kedai ibu a.k.a bawah tmpt tido kami ja. Cadangnya mahu awal tapi semua terbongkang jugak. Perasaan kali ini kat Melaka,lain. Tenang. Kami mulakan di Jonker Walk lagi dan berkeliaran AFamosa,DataranPahlawan malah mengacau setiap makhluk di atas muka bumi nih. Hari yang bahang sehingga ke tgh hari kami balik ke guesthouse untuk berehat lelah. Pada malamnya, kami berpesta lagi di Jonker Walk makan tako. Malam tu kami celoteh lagi kacau remy tido sampai semua diam bisu hanyut mimpi.

10.2.2013
Redup.Hujan renyai. Kami teruskan juga shoot. Makan lagi.Dan berjalan ke Jonker Walk. Gong Xi Fa Cai. Cari interest apa yang ada. berjalan lagi. Sampai biru kaki. Tawa selang panas. Raya cina macam kat Korea. Gelak kami bila tengok ramai yang bajet mat salleh. Mat salleh bajet cina. Malam itu ke Jonker lagi namun benda yang manis pasti diakhiri tangis.
Wallet aku samada hilang atau dicopet. Bukan wang yang ditangis,bukan juga i.d,bukan juga lesen yang aku baru renew. Tapi kenangan yang segalanya ada dalam wallet. Gambar,kad,tiket wyg,dan segala memori. Aku rindukan wallet berbau kulit itu. Ya. Rindu sangat. Harap ketemu satu hari nanti.

11.2.2013
Saat yang tak dinanti. Rindukan Melaka pula nanti. tapi harus diikuti jadualnya. Moga kita ketemu lagi Melaka :)

No comments:

Post a Comment